Tuesday, May 18, 2010

pengurusan fail

Tujuh Objektif Pengurusan Fail:

1.Membenarkan fail dicipta dan dipadam.
2.Membenarkan fail dibaca dan ditulis.
3.Menyediakan pengurusan ruang ingatan sekunder (di luar pengetahuan pengguna).
4.Merujuk fail dengan nama simbolik. (pengguna tidak perlu tahu kedudukan fizikal fail)
5.Melindungi fail daripada kecacatan system.
6.Membenarkan perkongsian fail tetapi juga melindungi fail daripada dicapai oleh penggu na yang tidak berkenaan.
7.Transmisi di antara ingatan utama dan sekunder.


Direktori Multi-Paras:
•Bagi satu sistem yang menggunakan penyusunan direktori multi-paras entri bagi satu direktori mesti mengandungi maklumat bagi menentukan samada entri tersebut adalah satu fail atau satu direktori.





Gambarajah direktori multi paras




Indeks Blok
•Cara yang ketiga adalah menghubungkan semua blok yang digunakan kepada indeks blok. Penunjuk fail dalam DFP akan dihubungkan kepada indeks blok tersebut.
•Kebaikan cara ini ialah pencapaian fail tidak perlu dibuat secara berjujukan. Tetapi masalah yang dihadapi ialah banyaknya ruang ingatan yang perlu digunakan untuk menyimpan indeks blok tersebut .





indeks blok




Storan Fail
•Satu fail biasanya menggunakan lebih daripada satu blok storan bantuan. Ini bererti beberapa blok perlu dirantaikan untuk membentuk satu fail. Tiga cara yang boleh digunakan :


1.Blok Berpaut
2.Peta Fail
3.Indeks Blok

No comments:

Post a Comment