Monday, February 8, 2010

sejarah OS

Se jarah Sistem Pengoperasian
1. Generasi Pertama ( 1945-1955 ) Tiub Vakum dan Vakum Papan Palam

• Dalam generasi pertama ini beberapa saintis telah berjaya membina sebuah mesin pengira yang menggunakan tiub vakum.
• Sistem ini menggunakan beribu-ribu tiub vakum yang memenuhi seluruh ruang bilik, tetapi tindak balas telalu perlahan meskipun harganya murah.
• Dalam masa tersebut sekelompok manusia mereka bentuk, membina dan mengendalikan satu mesin. semua aturcara dibuat menggunakan bahasa mesin dengan menyambungkan papan palam untuk mengawal fungsi asa sesuatu mesin.
• Awal 50-an kad tebuk diperkenalkan.

2. Generasi Kedua (1955-1965 ) Transister dan system Berkelompak

• Pertama kalinya memiliki pengasingan di antara rekabentuk, pembina, pekerja, juruaturcra dan penyelenggaraan sesebuah mesin.
• Mesin ini hanya boleh dikendalikan oleh pekerja professional. Hanya syarikat besar, badan kerajaan dan universiti sahaja mampu memiliki mesin ini. Sistem ini banyak membuang masa, maka dari itu sistem berkelopak diperkenalkan.
• Idea system berkelompak ini adalah dengan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat sebagai masukan dan disalin ke pita bermagnet dengan menggunakan komputer kecil tetapi mahalseper IBM 1401.
• Komputer ini sangat baik dalam membaca kad, menyalin pita dan menghasilkan keluaran tetapi tidak bagus dalam pengiraan.



3. Generasi Ketiga ( 1965-1980 ) Bersepadu dan Multi-Pengaturcaraan.

• Awal 60-an kebanyakan pembuatan komputer terdapat dua perbezaan utama. Pertama 7094 direka bentuk untuk kegunaan pengiraan matematik dalam sains kejuruteraan .
• Komputer 1401 pula penggunaanya sangat meluas dalam menyusun pita dan pencetak dan sering digunakan oleh bank dan syarikat insuran.
• Sistem multi-pengaturcaran mula diperkenalkan untuk komputer 7094. Sistem ini direka untuk mengelakkan masa menunggu terlalu lama. penyelasaian yang dilakukan adalah dengan mengbahagikan ingatan kepada beberapa ruang dengan fungsi setiap bahagian yang berbeza.


4. Generasi Keempat ( 1980-1990 ) Komputer Peribadi

• Kebanyakan komputer peribadi ini digunakan didalam bidang perniagaan, universiti dan badan kerajaan dengan menggunakan satu stesen kerja yang disambung dengan menggunakan rangkaian.
• Komputer peribadi ini ini mudah digunakan dan mempunyai perisian yang canggih. Pertengahan 80-an rangkaian computer peribadi ini menjalankan system pengoperasian rangkaian dan system pengoperasian agihan.

Definisi Sistem Pengoperasian
• Satu aturcara kawalan utama sesuatu komputer. Ia memperuntukkan antara muka pengguna yang mentafsirkan perintah yang dimasukkan oleh pengguna, menjadualkan kerja, menguruskan storan dan mengendalikan operasi dengan perisian. Semua pengguna mesti berkomunikasi dengan sistem pengoperasian.

No comments:

Post a Comment