a) Berikan maksud bagi istilah-istilah berikut
i) Program
Set kenyataan atau arahan yang sesuai untuk pemprosesan oleh komputer.
ii)Proses
Melakukan operasi atau siri operasi pada sesuatu supaya menghasilkan kesudahan.
iii)Pemproses
Perkakasan yang mentafsir dan melaksanakan arahan.
b) Lakarkan gambarajah Strutur Sistem Input Output dan huraikan tugas-tugas yang ilakukan secara ringkas
Berikut adalah penerangan mengenai rajah 6.1 iaitu Struktur Sistem Input Output.
(1) Arahan paras tinggi diterjemah dan memanggil sistem yang berkaitan di mana ianya diuruskan oleh sistem pengoperasian.
(2) Arahan dalam panggilan sistem adalah dalam bentuk logikal yang tak bergantungan daripada peranti. Panggilan sistem melaksanakan pemprosesan awal dan pengesahan terhadap permintaan dan mengarahkan kepada pengendali yang tertentu. Juga menguruskan sampukan.
(3) Pengendali peranti menguruskan komunikasi dengan peranti yang tertentu. Menukarkan permintaan logikal daripada pengguna kepada arahan-arahan tertentu ke aras peranti berkenaan.
(4) Pengawal peranti : perkakasan yang disambung kepada bus i/o dan menyediakan antaramuka dengan komputer dan peranti i/o. direka khas untuk tujuan sebuah sistem komputer.
(5) Peranti : direka untuk kegunaan berbagai-bagai sistem komputer
b) Nyatakan 2 kaedah implementasi ingatan maya
ii. Bersegmen
Cara berhalaman dapat menyediakan saiz ingatan maya yang lebih besar. Cara bersegmen, juruaturcara dapat merujuk kepada tiap-tiap segmen dengan menggunakn nama yang ditentukannya sendiri. Jadi ruang alamat perlu disusun di dalam bentuk dua matra kerana alamat aturcara mesti terdiri daripada nama segmen dan alamat di dalam segmen.
iii. Segmen Berhalaman
Cara bersegmen yang paling baik ialah penyediaan terdapatnya bilangan segmen yang banyak dan tiap-tiap segmen mempunyai saiz yang besar. Setiap proses mempunyai satu jadual segmen dan tiap-tiap segmen mempunyai satu penghurai segmen. Disebabkan bilangan segmen yang banyak maka jadual segmen itu sendiri adalah merupakan satu segmen dan mempunyai halaman-halamannya. Penghurai segmen mengandungi satu maklumat untuk menentukan samada segmen tersebut berada di dalam ingatan atau tidak. Tiap-tiap halaman di dalam satu segmen mempunyai saiz yang tertentu.
c) Jelaskan tentang teknik Spooling
didefinisikan sebagai operasi-operasi serentak pada talian.
Sering digunakan untuk membarisgilirkan fail untuk percetakkan pada masa yang sesuai apabila komputer atau pencetak tidak sibuk membuat kerja lain.
Proses spooling ini merupakan suatu proses pemindahan daripada peranti kelajuan tinggi misalnya cakera kepada peranti kelajuan rendah seperti pencetak.